Saturday, October 30, 2010

PERGI

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi

Monday, October 25, 2010

Keluh kesah 1

sepi ada di mana-mana.....
sunyi di sini sana
kenapa??????
mengapa??????

Sunday, October 24, 2010

SEBUAH PETI


Aku ada sebuah peti
peti itu sangat besar
peti itu bukan peti besi
bukan juga peti kayu
lebih mustahil kalau peti emas
tapi ada sakti
 sangat berharga
dan terkunci rapi

Dalam peti itu
Bukan ada emas berlian
Bukan ada harta karun
Bukan ada surat wasiat
Bukan ada geran tanah
Bukan juga wang ringgit

Dalam peti itu
Ada cerita rahsia
Rahsia kecil
Rahsia besar
Rahsia yang sangat rahsia
Rahsia aku
Rahsia kau
Rahsia dia
Rahsia kita
Semuanya tersimpul kemas

Dalam peti besar itu…..


11.30 pg
23 Oktober 2010
hurmmmm....ni merupakan karya orginalku....paling terkini....Lepas ni.....lebih banyak la tinta yg menitis.....dalam blog khasku ini....ahahahahaha...puas hati aku....dapat masukkan sendiri punya tulisan....Walaupun bukanla sehebat mane.....Dalam puisi di atas...aku banyak gunakan unsur pengulangan....iaitu EPIFORA....(pengulangan pada awal baris).......melalui perkataan....
1. peti (2 kali)
2. bukan (5 kali)
3. rahsia (7 kali)

Pasal maksud yg tersirat...... Ohohohoho.....mmg dalam maksudnya......ikut lah andaian sendiri....



Friday, October 22, 2010

Ingatan Kepada Kawan "XXIV"

Ini post pertamaku..Untuk penampilan pertama ni, biarla aku pamer dulu puisi yg aku suka ......aku mmg suka puisi karya Zaen Kasturi ni... aku punya puisi...nantila dulu....Tungguuuuuuuu

Risik hujan dan gersangnya dedaunan
adalah perkalihan musim
yang perlu kita lalui
segalanya berjalan dan terus berjalan
segalanya akan ada untukmu
segalanya akan bersatu dalam kerjernihan sukmamu

Aku adalah bayangan yang entah
sementara atau nyata
di sebalik rendang dan
redupnya pohon hayat
mungkin saat kita mengunyah
makna semua ini
kita akan menjadi diri kita yang tahu
apa itu desah angin dan risik hujan
tak kunjung mimpi tanpa
tidur yang panjang
tak hadir cinta tanpa hidup yang ditakdirkan

Saat kita menyedari bahawa hidup
mengendong kita
pada suatu arah yang benar dan terang
kita akan terus menjadi sepasang
serangga yang mengerti di mana angin
berguling, di mana bunga berpuing aku
akan menjagamu kau akan menjadi
sebahagian daripada riwayatku

Mengertilah kejadian cinta adalah
perihal menjaga bukan semata
keinginan kuat untuk memilikinya
Kau adalah gunung
yang menampung
seluruh puncak sepi dan derita

Kau adalah samudera
yang menenggelamkan
segenap benci dan angkara
Hidup ini bagaikan karang segara
kan sering dipukul gelombang
(Kautahu? Itulah yang membuatnya indah)

Zaen  Kasturi
Hulu Langat, Selangor