Sunday, October 24, 2010

SEBUAH PETI


Aku ada sebuah peti
peti itu sangat besar
peti itu bukan peti besi
bukan juga peti kayu
lebih mustahil kalau peti emas
tapi ada sakti
 sangat berharga
dan terkunci rapi

Dalam peti itu
Bukan ada emas berlian
Bukan ada harta karun
Bukan ada surat wasiat
Bukan ada geran tanah
Bukan juga wang ringgit

Dalam peti itu
Ada cerita rahsia
Rahsia kecil
Rahsia besar
Rahsia yang sangat rahsia
Rahsia aku
Rahsia kau
Rahsia dia
Rahsia kita
Semuanya tersimpul kemas

Dalam peti besar itu…..


11.30 pg
23 Oktober 2010
hurmmmm....ni merupakan karya orginalku....paling terkini....Lepas ni.....lebih banyak la tinta yg menitis.....dalam blog khasku ini....ahahahahaha...puas hati aku....dapat masukkan sendiri punya tulisan....Walaupun bukanla sehebat mane.....Dalam puisi di atas...aku banyak gunakan unsur pengulangan....iaitu EPIFORA....(pengulangan pada awal baris).......melalui perkataan....
1. peti (2 kali)
2. bukan (5 kali)
3. rahsia (7 kali)

Pasal maksud yg tersirat...... Ohohohoho.....mmg dalam maksudnya......ikut lah andaian sendiri....



No comments:

Post a Comment