Wednesday, December 22, 2010

Ku Bukan Aku - Tilu


Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu
Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu
(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku
Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul
Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu
(ulang korus 2x)

Friday, December 17, 2010

Kopi Manis jadi Pahit....

Uhukkkk...uhukkkkkk....tersedak2 sy bercampur dgn rasa malu....
Walau apa pun, saya mengucapkan ribuan terimakasih atas sokongan Tuan Azam dan rakan2nya...bRaVEhEART, spu-blogger, uRag dRrulug pd blog saya yg baru nk berjinak2 dlm bidang berpuisi ni...tapi kesian la...sbb puisi sy mybbkan kopi tuan yang manis tu jadi pahit....ihikihikhihihi...harap2 tuan dpt memberi tunjuk ajar atau respon agar tulisan sy bertambah baik........

Terima kasih tuan Azam
Terima kasih bRaVEhEART
Terima kasih Suara Prihatin UMNO
Terima kasih uRag dRrulug

Terima kasih juga mylin
anak seberang
norhaniza abd samad
dan meme

kerana sudi jadi follower
mudah2an kopi yang manis terus jd manis...

bakat saya ibarat sebutir gula dlm secawan kopi pahit
bakat tuan ibarat secawan kopi yg sentiasa manis
itulah perbezaan kita....
saya sebutir gula
tuan secawan kopi manis
nyata berbeza....

Monday, December 13, 2010

Terima kasih Zeza....

.
......atas respon dalam monolog aku.....menarik bunyinya....menjadi lebih bermakna....

aku..      ada tapi tiada
              pergi dan kembali
              kemudian pergi lagi...

Zeza      waktu ada dinafikan
              tapi bila tiada ternanti-nanti
              bila berlalu dibiarkan
              tapi bila hilang dikenangkan
              adatnya memang begitu
              hargailah walau bayang melintas..

Saturday, November 13, 2010

PINJAMKAN


Pinjamkan aku ruang kosong ini
Untuk aku memalit warna
Bukan saja warna ungu atau kelabu
Tetapi tujuh warna pelangi

Pinjamkan aku ruang kosong ini
Untuk aku menyulam lembar-lembar benang
Kapas, perak dan emas
Menjadi tekatan indah
Menyeri kamar

Pinjamkan aku ruang kosong ini
Untuk aku menumpahkan tinta setitis dua
Menjadi bait-bait puisi indah

Pinjamkan aku ruang kosong ini
Untuk aku lagukan bait-bait puisi
 irama akustik nada riang

Pinjamkan aku ruang kosong ini
Untuk aku mencoret sketsa kecindan
agar dapat menghapus segala puncak sepi
yang bersarang di hati
mungkin di hatimu
mungkin jua di hatiku…..


21 Oktober 2010

monolog

ada tapi tiada...
pergi dan kembali
kemudian pergi lagi

Monday, November 8, 2010

ermmm... Kenangan

Sewajarnya aku singkirkan
atau aku buang saja
bernaskah-naskah cerita semalam
kerana peti memoriku telah sarat

tak sanggup aku bergelumang
mengingat mengenang
cerita semalam

jangan disimpan lagi kenangan itu
telah menjadi racun berbisa

Tuesday, November 2, 2010

KELUH KESAH 3

....kerana tak sepatutnya
aku berada di sini...

telah ku katakan...
malah telah digambarkan
Usah sekali-kali berharap
kerana harapan itu
hanya sia-sia...

Monday, November 1, 2010

KELUH KESAH 2

Terasa seperti  tidak bererti....
tidak diingati...

Tuhan.....
kembalikan aura itu

SUSUN SILANG KATA



Aku ingin bermimpi denganmu
Ke awana untuk teman bintang bulan
Kerananya lebih terang sinarnya
Dengan kehadiran kau dan aku

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu *Koleksi Lirik Lagu-Lagu Melayu Di http://mylirik.com

Kau umpama susun silang kata
Yang terakhir untukku
Sekian lama ku mencari
Rupa-rupanya di depanku
Hidup ini tak bererti
Jika tiada cinta di hati
Untuk terus ku teguh berdiri

Bagiku kaulah yang terindah
Manisnya senyuman anugerah Tuhan
Memarakkan api dalam diriku
Tak pernah aku sangka ada

Asingnya buatku
Asyik memikirkan dirimu

Dan tak kira apapun
Yang terjadi dalam mimpiku
Usahlah ia berakhir
Tanpaku memilikmu

Saturday, October 30, 2010

PERGI

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Kau pergi
Pergi
Kau pergi
Pergi
Pergi

Monday, October 25, 2010

Keluh kesah 1

sepi ada di mana-mana.....
sunyi di sini sana
kenapa??????
mengapa??????

Sunday, October 24, 2010

SEBUAH PETI


Aku ada sebuah peti
peti itu sangat besar
peti itu bukan peti besi
bukan juga peti kayu
lebih mustahil kalau peti emas
tapi ada sakti
 sangat berharga
dan terkunci rapi

Dalam peti itu
Bukan ada emas berlian
Bukan ada harta karun
Bukan ada surat wasiat
Bukan ada geran tanah
Bukan juga wang ringgit

Dalam peti itu
Ada cerita rahsia
Rahsia kecil
Rahsia besar
Rahsia yang sangat rahsia
Rahsia aku
Rahsia kau
Rahsia dia
Rahsia kita
Semuanya tersimpul kemas

Dalam peti besar itu…..


11.30 pg
23 Oktober 2010
hurmmmm....ni merupakan karya orginalku....paling terkini....Lepas ni.....lebih banyak la tinta yg menitis.....dalam blog khasku ini....ahahahahaha...puas hati aku....dapat masukkan sendiri punya tulisan....Walaupun bukanla sehebat mane.....Dalam puisi di atas...aku banyak gunakan unsur pengulangan....iaitu EPIFORA....(pengulangan pada awal baris).......melalui perkataan....
1. peti (2 kali)
2. bukan (5 kali)
3. rahsia (7 kali)

Pasal maksud yg tersirat...... Ohohohoho.....mmg dalam maksudnya......ikut lah andaian sendiri....



Friday, October 22, 2010

Ingatan Kepada Kawan "XXIV"

Ini post pertamaku..Untuk penampilan pertama ni, biarla aku pamer dulu puisi yg aku suka ......aku mmg suka puisi karya Zaen Kasturi ni... aku punya puisi...nantila dulu....Tungguuuuuuuu

Risik hujan dan gersangnya dedaunan
adalah perkalihan musim
yang perlu kita lalui
segalanya berjalan dan terus berjalan
segalanya akan ada untukmu
segalanya akan bersatu dalam kerjernihan sukmamu

Aku adalah bayangan yang entah
sementara atau nyata
di sebalik rendang dan
redupnya pohon hayat
mungkin saat kita mengunyah
makna semua ini
kita akan menjadi diri kita yang tahu
apa itu desah angin dan risik hujan
tak kunjung mimpi tanpa
tidur yang panjang
tak hadir cinta tanpa hidup yang ditakdirkan

Saat kita menyedari bahawa hidup
mengendong kita
pada suatu arah yang benar dan terang
kita akan terus menjadi sepasang
serangga yang mengerti di mana angin
berguling, di mana bunga berpuing aku
akan menjagamu kau akan menjadi
sebahagian daripada riwayatku

Mengertilah kejadian cinta adalah
perihal menjaga bukan semata
keinginan kuat untuk memilikinya
Kau adalah gunung
yang menampung
seluruh puncak sepi dan derita

Kau adalah samudera
yang menenggelamkan
segenap benci dan angkara
Hidup ini bagaikan karang segara
kan sering dipukul gelombang
(Kautahu? Itulah yang membuatnya indah)

Zaen  Kasturi
Hulu Langat, Selangor